irresponsible
Setiap ibu bapa kena ingat. Walaupun diri sendiri ada cable besar dengan KPM atau mana-mana institusi kerajaan ke apa ke tak kisah lah kan. Jangan sewenang-wenangnya gunakan kenalan tu untuk puaskan ego sendiri. Kadang-kadang bila anak kita kena marah dengan cikgu kat sekolah, tanya baik-baik dengan anak tu kenapa dia kena marah. Kena faham dulu macam mana situasi anak tu di sekolah. Tak dinafikan memang ada je cikgu di sekolah yang perangai tak sesuai dengan profesionalisme dia, tapi kebanyakannya kalau cikgu marah dalam kelas tu mesti sebab murid ada buat kesalahan. Tak siap kerja yang cikgu bagi, main dalam kelas, berangan sampai tak siap kerja, homework cikgu dah lama bagi tak siap, tak tahu tapi takde effort nak tanya cikgu atau kawan. Maybe cikgu tu pun dah pernah tegur sebelum ni tapi takde improvement dari murid sendiri. Bagi aku sangat bodoh lah parents yang terus nak serang pihak sekolah, siap ugut nak lapor pada kementerian apa bagai tanpa diorang assess dulu apa yang anak dia lakukan dalam kelas sampai kena marah dengan cikgu. Ini baru kena tegur dan marah dengan cikgu tau, aku tak cakap kes denda dan pukul pun. Si parents ni kalau tunjuk ada kabel besar dengan atasan pun, konon boleh buat anak dia jadi lebih pandai ke? Jangan peliklah kenapa cikgu asingkan anak duduk belakang, kalau mak ayah perangai macam ni. Anak tu bila di rumah, takde pun didiknya dengan ilmu pengetahuan dan agama. Dibiarkan main phone sampai tengah malam dah macam orang dewasa. Susah dengan ibu bapa keras kepala tak boleh ditegur anaknya dan tak mahu dididik anaknya pada masa yang sama. Doa saya pada si anak agar membesar menjadi anak yang soleh, taat pada Allah dan ibu bapa sentiasa. Moga satu hari jadi lebih berjaya dan beradab daripada orang tuanya sendiri. Amin ya Rabbal Alamin.